Wednesday, May 29, 2019

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU : SAMBUTAN HARI GURU 2019


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KBM 2019 


Tarikh: 16 April 2019 (Selasa) .

Tema "KITA SERUPA" dipilih sebagai tema Sambutan Hari Guru Peringkat IPGKBM 2019. Tema ini dipilih atas rasional merapatkan ukhuwah dalam kalangan warga IPG KBM. Tema ini cuba menonjolkan bahawa kerjaya guru memerlukan kesefahaman antara pasukannya dan sentiasa memperbaiki diri menjadi lebih baik seperti guru yang menjadi idola mereka. Tema ini diharapkan dapat mewujudkan kesefahaman sesama rakan sekerja dan guru pelatih untuk saling menghargai antara satu sama lain. Jualan bunga sempena hari guru juga dijalankan oleh JPP dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ini merupakan salah satu usaha bagi menggalakkan budaya menghargai pensyarah dan rakan sepasukan melalui bunga yang dihadiahkan.
.
"Kebersamaan Memacu Transformasi Kepemimpinan"
.



 


No comments:

Post a Comment